Abah,
Kau adalah insan yang sangat aku hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalku,
Kesabaran kau begitu mengagumkan aku,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
Demi membesarkan anakmu ini,
Abah,
Kepayahan kau dalam mendidik aku,
Amatlah aku hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan aku,
Sehingga membuatkan aku berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,
Abah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Aku tetap akan selalu menyayangimu,
Kerana engkau adalah abahku,
Namun,
Kata-kata yang terlafaz dibibirmu dulu,
Membuatkan hatiku tertusuk sembilu,
Tuduhan yang kau lemparkan hari itu,
Teramat berat untuk aku galas,
TIDAK!!!! Aku bukan seperti itu!
Aku bukan begitu!
Aku masih anakmu yang dahulu,
Aku masih seperti dulu, abah,
Anak yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Anak yang masih memerlukan perhatianmu itu,
Dan, anak yang masih lagi anakmu,
Percayalah abah!
Anakmu ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah,
Selamanya akan kekal seperti dahulu...
Kau adalah insan yang sangat aku hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalku,
Kesabaran kau begitu mengagumkan aku,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
Demi membesarkan anakmu ini,
Abah,
Kepayahan kau dalam mendidik aku,
Amatlah aku hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan aku,
Sehingga membuatkan aku berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,
Abah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Aku tetap akan selalu menyayangimu,
Kerana engkau adalah abahku,
Namun,
Kata-kata yang terlafaz dibibirmu dulu,
Membuatkan hatiku tertusuk sembilu,
Tuduhan yang kau lemparkan hari itu,
Teramat berat untuk aku galas,
TIDAK!!!! Aku bukan seperti itu!
Aku bukan begitu!
Aku masih anakmu yang dahulu,
Aku masih seperti dulu, abah,
Anak yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Anak yang masih memerlukan perhatianmu itu,
Dan, anak yang masih lagi anakmu,
Percayalah abah!
Anakmu ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah,
Selamanya akan kekal seperti dahulu...
Askum,
ReplyDeleteAyah itu tetap seorang ayah. Allah menganugerahkan Ayah itu bukanlah sia-sia. setiap kejadian di alam ini ada tnggung jwbnya.
Ayah juga seorang manusia, yg tidak leka dari berbuat kesilapan. samalah juga dengan diri kita. Dimana, kesemuanya adalah umat akhir zaman yg penuh dgn pancaroba. Ampunilah, kerna kasih sayang Ayah dan Ibu hanya Allah yg dapat membalas jika dibandingkan kesalahan mereka. Pecayalah,wlaupun seribu tahun kita hidup didunia ini,mana mungkin dpt membalas jasa kedua Ibu dan Bapa. Tanya lah diri, adakah masih ada rasa kasih dan syang kpd kedua ibu bapa mu?kalau ada, bermaksud percikan kasih sayang dari yang Maha Pengasih masih ada di dlm hati kita. Tanya lah fitrah diri ia itu hati yg paling dlm. Igt lah yg Maha Pengasih bukan menganugerahkan rasa kasih itu bukanlah kerna sia2...mlainkan utk memaafi org di sekeliling kita. moga kita akan merasa tenang senantiasa.
Hamba Allah.