INILAH AKU

aku

Monday, December 17, 2012

DRAMA WARKAH CINTA BERBAU SYURGA



                                           

Tajuk : WARKAH CINTA (TV ALHIJRAH) bermula 21/11/2012
Pelakon utama: Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi,
Penulis skrip : Ustaz A.Ubaidillah Alias
Arahan : Mior Hashim Manap
Waktu siaran : 8.30 - 9.30pm (Selasa hingga Khamis)
Adaptasi dari novel  Warkah Cinta Berbau Syurga sebanyak 12 episod.





Episod 1






Episod 2 





Episod 3 






Episod 4 


 



Episod 5 






Episod 6 






Episod 7 






Episod 8







Episod 9 







Episod 10 







Episod 11 





Episod 12(Akhir)





Friday, December 9, 2011

Belajar Untuk Menjadi Jutawan Di Internet

Assalamualaikum..
 Cuti Semesta sudah tiba, aku sekarang berada di rumah tanpa kerja. Aku terfikir macamana nak buat duit tanpa keluar dari rumah. Aku ada laptop dan aku ada broadband. Takkan tiap-tiap hari aku nak online facebook tanpa ada sebarang hasil. Aku cuba explore kat internet, apa yang aku boleh buat tanpa mengeluarkan duit atau modal tapi mendapat pulangan yang lumayan.. ermm.....
Haaaaaahhh... aku dah dapat "SECRET" tu. Aku join jadi affiliate, first-first aku tak tahu "binatang" apa tu. Bila aku godeh-godeh, rupanya benda ni boleh buat duit. So, aku try...Mana la tahu kot-kot aku boleh jadi jutawan segera. Aku join banyak gak website. Antaranya, korang boleh klik kat sini: http://panduanwangadsense.com/index.php?ref=yunn123 ,http://www.belajargitar.com/index.php?ref=yunn123 ,http://www.onlyinmalaysiamah.com/ref=yunn123 . 

Actually, ni hari first aku try semua ni. So,bagi blogger yang banyak tahu pasal hal ini. Share la dengan aku, i need more info about this job. Kongsi-kongsi lah ilmu korang dengan aku ek.. Sharing is caring... That all for today..Bye2.. <3 :) <3

Monday, August 8, 2011

Kenangan Bersama

Time ni kitorang dijemput jadi fasilitator kat SMK Seri Tangkak,Johor(SEMESTA). Sungguh tak sangka,kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kem Motivasi dan Peningkatan Sahsiah murid Islam pelajar PMR dan SPM. Siapa sangka kami pelajar "BIOMEDICAL INSTRUMENTATION ENGINEERING" boleh handle  program berbentuk keagamaan. Mungkin pada pandangan orang lain, kami hanya tahu pasang wiring dan main dengan litar-litar elektronik je. Apapun banyak ilmu yang kami perolehi ketika join kem tu. Walaupun banyak yang perlu kami perbaiki namun program tersebut berjalan dengan lancar...hehe :-)



Ni time taa'ruf,kami bekerjasama dengan pelajar Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), walaupun diorang lebih muda dari kami tapi umur itu hanyalah angka, mereka lebih tinggi ilmu agamanya dan matured..huhu...


Yang pakai baju hijau ni student KMJ..



Yang tiga orang ni,adik2 aku,2org PMR dan seorang SPM. Walaupun diorang ni nakal sikit tp Alhamdulillah... Undercontrol..hehehe







Sementara menunggu masuknya waktu isyak,aku dan fasi2 yang lain mengambil peluang mendekati pelajar2 ini. Memberi mereka nasihat dan ilmu2 yang bermanfaat.. like...


Time ni,aku sedang cuba mendekati seorang adik ni untuk mendengar luahan isi hatinya.. dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh remaja ini kerana aku juga pernah melalui fasa remaja...ceh3..



Riadah...

* TIME TO EAT *






hari last...




INILAH KAMI... STUDENT BIOMEDIC..




 Thanks to Ustazah Munirah kerana pilih kami jadi fasilitor, kami tak sangka ustazah percayakan kami untuk membawa nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTML). Dan kami bangga menjadi pelajar di KKTML. Hope ustazah tak serik untuk memilih kami lagi. Kami cuba buat yang terbaik,InsyaAllah... Thanks juga pada adik2 KMJ kerana memberi kerjasama yang baik. Dan kepada guru-guru di SEMESTA, terima kasih kerana menjemput kami,segala kesilapan harap dimaafkan..

 p/s: walaupun penat tp kami happy...peace ^_^

Sunday, August 7, 2011

BETUL KE???


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !!
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPACHillelIsrael on Campus CoalitionAish HaTorahChabad on Campus, Hasbara FellowshipsB'inai Brith InternationalShaare Zedek, Chai LifelineHolocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Tuesday, June 22, 2010

ABAH


Abah,
Kau adalah insan yang sangat aku hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalku,
Kesabaran kau begitu mengagumkan aku,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
Demi membesarkan anakmu ini,

Abah,
Kepayahan kau dalam mendidik aku,
Amatlah aku hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan aku,
Sehingga membuatkan aku berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,

Abah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Aku tetap akan selalu menyayangimu,
Kerana engkau adalah abahku,

Namun,
Kata-kata yang terlafaz dibibirmu dulu,
Membuatkan hatiku tertusuk sembilu,
Tuduhan yang kau lemparkan hari itu,
Teramat berat untuk aku galas,
TIDAK!!!! Aku bukan seperti itu!
Aku bukan begitu!
Aku masih anakmu yang dahulu,
Aku masih seperti dulu, abah,
Anak yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Anak yang masih memerlukan perhatianmu itu,
Dan, anak yang masih lagi anakmu,
Percayalah abah!
Anakmu ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah,
Selamanya akan kekal seperti dahulu...

Tuesday, February 2, 2010

hAYatiLAH wAHai sAHAbatKU...




HIJAB

Hijab apakah ini...
merenggut sukmaku
untuk menghampiri-Mu
hijab apakah ini...
meruntun nanar kalbuku
dalam pengabdian menuju-Mu
apakah ini iradat hukum dosaku?
atau mungkin karna mungkarku?
sering alpa melupakan-Mu

terpateri lembaran 70,000 hijab
memisah jurang aku dengan-Mu
apakah bisa tersingkap
lewat bicara munajatku?
apakah hanya terlerai
atas ihsan tempias rahmat-Mu?
kupasti Engkau lebih mengerti

terdampar lelah dalam kegelapan
aku menadah setitis cahaya-Mu
buat penyuluh kelanaku
melewati lembaran 70,000 hijab
kerana aku ingin terbang
kembali ke sisi-Mu
tak malu dipalu,dirobek
menanggung malu di hadapan-Mu...


pENyeSaLan sELalU dATanG tERlamBAt....

Assalamualaikum...w.b.t.

Maafkan saya sahabat... Penyesalan menjadi
perkara penting untuk dibahas, kerana kecerobohan
demi kecerobohan yang saya lakukan akhir-akhir
ini. Spritual yang tak terasah telah membuat
saya melaju menjadi seorang hamba yang sombong,
mengabaikan sunatullah, kehilangan rasa simpati
dan sering mengeluh. Pertolongan Allah terasa sulit
digapai, syair lagu Bimba "Aku jauh... Engkau jauh...
Hati adalah cermin... Tempat pahala dan dosa bertarung.."
seringku terngiang tapi tak satu pun perubahan yang
saya lakukan. Saya merasa "stag" tak boleh bergerak,
tak boleh berbuat apa-apa, bahkan menangis pun tak
boleh, tak ada yang boleh menyentuh perasaan terdalam
padahal saya adalah seorang WANITA...


Jangan lupa tinggalkan komen ek..