INILAH AKU

aku

Saturday, December 19, 2009

BICARA BUATMU SAHABATKU...

Dilembayung senja ini tika disapa desiran ombak yang memutih,hatiku bagai dihempap ke batu disaat melewati tirai kenangan tika bersamamu,.. Aku bagai sedih kerana kau bakal meninggalkan aku...meninggalkan seribu satu macam kenangan manis yang kita titip sejak awal perkenalan kita dulu walaupun seketika cuma tetapi akhirnya dapat juga kita bina istana bahagia di alam pesahabatan.

Teman..
Inginku bertanya apakah kau juga mengingati memori lipatan sejarah perkenalan dan alam persahabatan kita dulu?Hari ini aku teringat pertemuan dulu.Tahukah engkau bertapa aku merindukan pertemuan itu?Sesungguhnya aku bukanlah nak "BERJIWANG" sebaliknya aku juga punya perasaan untuk menyayangi dan mengingati insan sepertimu.Jika ada rindu singgah dihatimu,hadirkanlah potretku pada pandangan matamu walaupun sesaat agar terubat rindumu,jika itu kau lakukan rindu hadir jua,maka nantikan aku kirimkan bayu senja yang mengutuskan rindumu ke firasatku...dan membisikkan wajahmu padaku,biar kecundang segala rindu.Jika itu kau lakukan dan rindumu masih kian membara,maka pejamkan matamu lena dalam jaga,nantikanlah hadirku dalam mimpimu.

Teman..
Setiap kali aku merenung potretmu,seribu kesedihan pasti terubat.Jika kau masih menyayangi diriku seadanya,terima kasih ku tujukan buatmu,kau juga pembuka ilhamku.Setiap pengalaman perjalanan hidupmu yang kau ceritakan padaku,akanku simpan kemas diingatan dan juga akanku mempraktikkan seandainya tiba ruang waktu dan situasi yang sama dengan dirimu...

Teman..
Aku dan dirimu akan terpisah,ini kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan biarpun ia bukan dipinta hadirnya menjenguk kita,perpisahan sering wujud tanpa seribu kata yang terucap.Aku redha walaupun antara kita masih ada punya harapan namun andaikata sudah suratan takdir,usah lagi kita mungkir,berpegang pada hakikat,tak siapa berupaya berubahnya..

Teman..
Seiring doa dan harapan agar ikatan persahabatan kita kekal dan diberkati,semoga perjalanan waktu tidak bisa menghakis ikatan persahabatan yang kita miliki.Ku layangkan bicara ini khas buatmu.. Sebagai tanda ikatan kekal mewangi.. Semoga kebahagiaan yang ada akan berkekalan.
Akhirkata ku ingin titipkan salam sayang buatmu dan ku iringi juga salam rindu untukmu...

Yang ikhlas,
SAHABATMU..

Monday, October 12, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

Bismillah
Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad

Salamun 'alaikum


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
adakah ia sekadar kebetulan atau ia menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang mahu berfikir?tepuk dada tanya iman...sesungguhnya al-quran itu adalah khabar masa lalu, sekarang n akan datang...ia bukan cerita dongeng...kalau kita kaji apa yang tersirat dari yang tersurat, pasti banyak lagi rahisa al-quran yang akan kita temui...

tiada daya n kekuatan melainkan dengan bantuan Allah...wallahua'lam...

Thursday, October 8, 2009

Assalamualaikum.. wbt.


Hari ni tinggal 40 hari lagi sebelum aku menduduki peperiksaan SPM 2009. Tolak makan, tido, rehat, hari minggu... agak2 xsampai sebulan lagi.. Mampu ke aku nak kejar 12A+??? hei.. risau ni... 12 subjek bukan sedikit bg aku.. banyak lagi aku kene ulangkaji.. kene terus berusaha.. xkan nk berserah macam tu je.. xcute la.. hari2 ada ada extra class,kadang2 seminar mata pelajaran itu ini.. macam2 lagi.. sempat lagi ke aku nak study??? sedangkan spm tinggal 40 hari lagi.. 40 hari tu ape la sangat..


Hari2 kene menghadap buku.. buku2 rujukan,latihan... kadang2 aku mual bila tengok semua tu... TAPI... aku tahu,aku perlu ingat.. semua tu la yang menjamin masa depan aku.. yang bakal menjadikan aku berjaya dalam hidup.. dengan ilmu jugalah aku dapat mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang pendidik.. muak macammana pun,aku mesti teruskan juga.. sebab aku tahu,suatu hari nanti aku akan berjaya.. InsyaAllah.. Adakalanya aku berasa letih..penat..pening..sakit..malas.. dan sewaktu dengannya.. semua tu,hasutan iblis dan syaitan yang mahu menyesatkan manusia.. bak kata cikgu sejarah aku "polis dan kastam : iblis dan syaitan".. so aku harus kuat..kuat..dan kuat...


adakalanya,aku rasa lemah dan susah hati.. fikiran pn serabut.. macam2 masalah yang timbul.. tapi aku xputus asa.. sebab aku yakin Allah itu Maha Berkuasa.. Hanya padaNya aku memohon pertolongan supaya permudahkan segala urusanku di dunia mahupun di akhirat nanti.. Aku juga yakin,Allah pasti memberi ganjaran kepada hambanya yang sabar.. Sesungguhnya Allah merindui rintihan hambaNya.. so,aku tidak putus asa dan terus berdoa semoga Allah berikan aku kejayaan...Amin..


Di kesempatan ini juga,aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat2 seperjuangan mahupun sesiapa yang mengenali diri ini,jika ada tersalah dari segi zahir atau batin atau segala kekilafanku.. ku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Dan harapanku.. Semoga kalian dapat mendoakan kejayaanKu.. Wassalam..

Thursday, July 23, 2009

bAcALaH wAhAi PuTeRi2..

Coretan Untuk Bakal Isteri
www.iluvislam.com
Musafir Hidayah
Editor:mawaryangtinggi


Assalamualaikum wrt. wbt.


Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah.Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.Edit HTML

2


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.


Tuesday, July 14, 2009

SALAM PERPISAHAN




Minggu ini adalah minggu terakhir ak
u bersama guru2 practikal yang aku sayangi..
Mereka akan kembali ke kampus masing2 selepas ni..
Rasa sedih menyelubungi diri.. huh.. sayunya hati..
At first kami jumpa... Langsung tak kenal..
Bila dah mesra,perangaiku makin nakal..
Asal jumpa je.. Kecoh tak terkawal..
Lepas ni dah susah nak jumpa..
Harap kekal.. Perkenalan kita walau sampai
ajal..
Sayang ustazah sue,ustaz linda & ustazah sihhah..
Jangan lupa akan kami di sini yer.. Ingatlah kenangan kita bersama..
Ukhuwah fillah..




Wednesday, July 1, 2009

KONVESYEN NASIONAL PUM,ARAU,PERLIS

amboi..terlebih posing la plak nie..


poyo btol la bdak dlm gambar ni..huhu


tiada perbezaan antara kami..
kesetiaan menjadi pegangan kami..



persahabatan kami untuk selamanya



my love friend



semoga persahabatan kami kekal buat selamanya..



tiada siape yg boleh memisahkan persahabatan kami..



our friends forever..



posing with love hand..



bersama sahabat2 dr team kelate..



posing habis... kalah yb.. ish3..



sahabat dari sabah.. haya n her friend..



team sabah & team kelate..



bersama sahabat baru dari sabah.. we are
friendship..

baru lepas poco2 n chiken dance..


TEMAN BARU WOO..

POSING NGAN KAK LIZ


di dewan besar politeknik arau,perlis..


lepas tension woo... jom enjoy beb..


bersama teman baru.. we are budu girlz..

Wednesday, June 10, 2009

BESTNYE MAIN AIR...



Syoknye bergambar...
ni gambar masa kat chemor,perak..

best giler main air...
rrrrrrrr... sejuk bangat deh..
yang belakang tu name kamilah n yang tengah tu akulah,then yang kat depan aku plak name ilmi.. dorang semua anak buah aku.. myteam beb..







time ni aku takut-takut lagi nak main air
bukannye ape... takut basah baju yop..
da xde tudung lain nak pakai lau basah tudung ni.. dh la tand
as kat sini.. mak oi!! kotor yang amat.. tengok tu..
ade budak nak jatuh...











ni plak gambar tengah posing sorang-sorang... ceh... bukan main lagi..
ni baru mula berjinak-jinak basahkan seluar.. batu tu licin woo
o...









sedang bergambar dengan anak buah aku... myteam.. Alhamdulillah,diorang ni senang nak kawal..
Diorang plak semuanya sporting..

adik-adikku katakan...









ni tengah jungle tracking nak pergi kat puncak air terjun chemor...
Diorang semua myteam...

adik-adik sporting.. cayok-cayok..
jom ikut kak nak atas...











jom masuk hutan... kiri dan kanan mu semuanya hutan...
tak takut ke hah??? semua perempuan ni... ina,amboi siap posing lagi..









sedang sibuk berposing sambil memegang kamera masing-masing..
woi.. hati-hati ckit,batu licin tu..
kamera mahal tu..










bestnye main air... sejuk bangat..
mula-mula takut nak basahkan pakaian..lepas tengok adik-adik main air,rasa seronok plak.. ahh.. lantak la.. aku terjun...Dummm! aduh,sakit muka terkena batu!!










apew kejadah plak ni????! ooo... letih main air rupanya... sampai tertido..
terapung di bawa arus.. then terdampar kat batu-batu.. good night!!!










WOI!!!! Tolong-tolong...!!!
Ade orang lemas ni... cepat-cepat!!!
Berat giler budak nie.. Tolong wei...
yang korang pi ambik gambar tu pe sal hah!!! berat ni.. woi..!!









Sunday, June 7, 2009

KENANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

gah di bangunan... lencana sm al-hidayah..

control cun habis dua orang guru pengiring ni.
siap pegang bantal love lagi..

cikgu sue menyerahkan budu kepada ustazah
sm al-hidayah.. molek ckit,nanti pecah botol budu..

bersama seorang sahabat yang ku sayangi..


di sini menjadi kenangan terindah buat kami semua...

penyerahan cenderahati daripada kami kepada
guru sm al-hidayah...

bergambar bersama pelajar-pelajar sm al-hidayah..

persembahan nasyid dari pelajar sm al-hidayah
sempena menyambut ketibaan kami...

suasana kelam kabut di dalam bas..

ni gambar masa kat perak... bersama 2 orang
guru penasihat yg sporting habis..


ni plak gambar tengah posing kt tepi bangunan
sekolah menengah al-hidayah... baru sampai ni..

cantiknya alam ciptaan Ilahi,sejuk mata memandang.
ni la tasik banding kat gerik,perak..

tasik yang indah dari pandangan sisi....

suasana di dalam bas... dalam perjalanan
ke ipoh perak



Thursday, May 21, 2009

BUDAK CUTE NIE..

nak ikut...nak ikut...
cepat ambil kite..



ni gambar budak cute...




control cun habis...




tengok pelik je,tenganga mulut..
tutup mulut tu,nanti masuk lalat..