INILAH AKU

aku

Thursday, October 8, 2009

Assalamualaikum.. wbt.


Hari ni tinggal 40 hari lagi sebelum aku menduduki peperiksaan SPM 2009. Tolak makan, tido, rehat, hari minggu... agak2 xsampai sebulan lagi.. Mampu ke aku nak kejar 12A+??? hei.. risau ni... 12 subjek bukan sedikit bg aku.. banyak lagi aku kene ulangkaji.. kene terus berusaha.. xkan nk berserah macam tu je.. xcute la.. hari2 ada ada extra class,kadang2 seminar mata pelajaran itu ini.. macam2 lagi.. sempat lagi ke aku nak study??? sedangkan spm tinggal 40 hari lagi.. 40 hari tu ape la sangat..


Hari2 kene menghadap buku.. buku2 rujukan,latihan... kadang2 aku mual bila tengok semua tu... TAPI... aku tahu,aku perlu ingat.. semua tu la yang menjamin masa depan aku.. yang bakal menjadikan aku berjaya dalam hidup.. dengan ilmu jugalah aku dapat mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang pendidik.. muak macammana pun,aku mesti teruskan juga.. sebab aku tahu,suatu hari nanti aku akan berjaya.. InsyaAllah.. Adakalanya aku berasa letih..penat..pening..sakit..malas.. dan sewaktu dengannya.. semua tu,hasutan iblis dan syaitan yang mahu menyesatkan manusia.. bak kata cikgu sejarah aku "polis dan kastam : iblis dan syaitan".. so aku harus kuat..kuat..dan kuat...


adakalanya,aku rasa lemah dan susah hati.. fikiran pn serabut.. macam2 masalah yang timbul.. tapi aku xputus asa.. sebab aku yakin Allah itu Maha Berkuasa.. Hanya padaNya aku memohon pertolongan supaya permudahkan segala urusanku di dunia mahupun di akhirat nanti.. Aku juga yakin,Allah pasti memberi ganjaran kepada hambanya yang sabar.. Sesungguhnya Allah merindui rintihan hambaNya.. so,aku tidak putus asa dan terus berdoa semoga Allah berikan aku kejayaan...Amin..


Di kesempatan ini juga,aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat2 seperjuangan mahupun sesiapa yang mengenali diri ini,jika ada tersalah dari segi zahir atau batin atau segala kekilafanku.. ku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Dan harapanku.. Semoga kalian dapat mendoakan kejayaanKu.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

thank you...