INILAH AKU

aku

Sunday, August 7, 2011

BETUL KE???


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !!
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPACHillelIsrael on Campus CoalitionAish HaTorahChabad on Campus, Hasbara FellowshipsB'inai Brith InternationalShaare Zedek, Chai LifelineHolocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Tuesday, June 22, 2010

ABAH


Abah,
Kau adalah insan yang sangat aku hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalku,
Kesabaran kau begitu mengagumkan aku,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
Demi membesarkan anakmu ini,

Abah,
Kepayahan kau dalam mendidik aku,
Amatlah aku hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan aku,
Sehingga membuatkan aku berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,

Abah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Aku tetap akan selalu menyayangimu,
Kerana engkau adalah abahku,

Namun,
Kata-kata yang terlafaz dibibirmu dulu,
Membuatkan hatiku tertusuk sembilu,
Tuduhan yang kau lemparkan hari itu,
Teramat berat untuk aku galas,
TIDAK!!!! Aku bukan seperti itu!
Aku bukan begitu!
Aku masih anakmu yang dahulu,
Aku masih seperti dulu, abah,
Anak yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Anak yang masih memerlukan perhatianmu itu,
Dan, anak yang masih lagi anakmu,
Percayalah abah!
Anakmu ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah,
Selamanya akan kekal seperti dahulu...

Tuesday, February 2, 2010

hAYatiLAH wAHai sAHAbatKU...




HIJAB

Hijab apakah ini...
merenggut sukmaku
untuk menghampiri-Mu
hijab apakah ini...
meruntun nanar kalbuku
dalam pengabdian menuju-Mu
apakah ini iradat hukum dosaku?
atau mungkin karna mungkarku?
sering alpa melupakan-Mu

terpateri lembaran 70,000 hijab
memisah jurang aku dengan-Mu
apakah bisa tersingkap
lewat bicara munajatku?
apakah hanya terlerai
atas ihsan tempias rahmat-Mu?
kupasti Engkau lebih mengerti

terdampar lelah dalam kegelapan
aku menadah setitis cahaya-Mu
buat penyuluh kelanaku
melewati lembaran 70,000 hijab
kerana aku ingin terbang
kembali ke sisi-Mu
tak malu dipalu,dirobek
menanggung malu di hadapan-Mu...


pENyeSaLan sELalU dATanG tERlamBAt....

Assalamualaikum...w.b.t.

Maafkan saya sahabat... Penyesalan menjadi
perkara penting untuk dibahas, kerana kecerobohan
demi kecerobohan yang saya lakukan akhir-akhir
ini. Spritual yang tak terasah telah membuat
saya melaju menjadi seorang hamba yang sombong,
mengabaikan sunatullah, kehilangan rasa simpati
dan sering mengeluh. Pertolongan Allah terasa sulit
digapai, syair lagu Bimba "Aku jauh... Engkau jauh...
Hati adalah cermin... Tempat pahala dan dosa bertarung.."
seringku terngiang tapi tak satu pun perubahan yang
saya lakukan. Saya merasa "stag" tak boleh bergerak,
tak boleh berbuat apa-apa, bahkan menangis pun tak
boleh, tak ada yang boleh menyentuh perasaan terdalam
padahal saya adalah seorang WANITA...


Jangan lupa tinggalkan komen ek..

Wednesday, January 27, 2010

MENCARI BAHAGIA

Assalamualaikum...

Mencari kebahagiaan ibarat menangkap kupu-kupu.
Sulit,bagi mereka yang terlalu bernafsu.Namun,
mudah,bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari.
Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerjang sana
sini,merempuhi sana sina. Kita dapat saja mengejarnya
dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita
pun dapat meraihnya dengan bernafsu,seperti menangkap
buruan yang kita dapat santap setelah mendapatkannya.
Namun kita belajar.Kita belajar bahawa kebahagian tak
biasa didapat dengan cara-cara seperti itu. Kita belajar
bahawa bahagia itu memang ada dalam hati. Semakin kita
mengejarnya semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh.
Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu.Biarkanlah
rasa itu menetap dan abadi dalam hati kita.Temukanlah
kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan.
Dalam belajar,dalam menjalani hidup kita.Dalam sedih dan
gembira,dalam sunyi dan dalam riuh.Temukanlah bahagia itu dengan
perlahan,dalam tenang,dalam ketulusan hati kita.Percayalah
kebahagiaan itu ada dimana-mana.Rasa itu ada disekitar kita.
Bahkan mungkin kebahagiaan itu hinggap di hati kita,namun
kita tak pernah mempedulikannya.Mungkin juga bahagia itu berterbangan
di sekeliling kita,namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya..

DIRIKU YANG DIKASIHI

Ku tahu dalam perjuangan hidupmu mengharungi arus keremajaan ini,
terkadang jiwa mudamu dilulit kealphaan,hanyut dalam buaian perasaan
yang tidak kesudahan.Itulah fitrah orang muda.Dalam kesibukan menghadapi
pelajaran,tanggungjawab pada agama,keluarga dan masyarakat, dirimu tetap
tidak dapat lari dari belenggu dan hambatan naluri mudamu. Benarlah usia
muda banyak pancaroba kehidupan yang terlalu padat dengan emosi serta ilusi
cinta dan cita-cita. Namun,jangan biarkan dirimu hanyut dek pergaulan yang
tidak syara' keran percampuran tanpa batasan.Itu hanyalah keseronokan palsu.
Berusahalah muhasabah diri dalam mengatasi kegawatan akhlak serta jadilah
seorang puteri yang tinggi nilainya di sisi Allah,kekalutan menepis semua itu,
pastinya dianggap satu mujahadah yang begitu mahal harganya..

"Seringku terdengar,usikan nakal si lelaki pada wanita,FEUWIT!!!,CUNNYA!!!,
buatku keliru sendiri, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki???
Adakah padasusuk tubuh uang mengiurkan atau pada akhlak yang menawan???
Biar apapun jawapannya, aku tetap aku, apa yang aku tahu,aku seorang wanita,
fitrahku sukakan diri cantik jelita,namun bukan di mata manusia,sebaliknya,
ku mencari kecantikan yang diiktiraf Allah..."

Tuesday, January 19, 2010

SEPI TANPA RINDU...

Assalamualaikum...w.b.t..

Buat sahabat-sahabatku yang disayangi. Ni adalah posting pertama aku bagi tahun 2010.Adalah mudah bagi aku jika berbahasa kelantan kerana aku adalah anak jati Qelate..Mana-mana sahabat yang bukan orang kelantan,saya harap anda semua buat-buat faham la yer..

Kepado semo saing-saing hok aku sayangi.. Aku nok royak mugo nih.. Aku rindu ko puok mu semo.. Terutamo saing-saing hok lamo xjupo dan jugok saing-saing hok join PLKN. Jadi aku xjupo la ngan puok mu.. Mu nok tahu dok,tahun ni aku masuk tingkate 6 bawoh.. Masih lagi ngaji di bowoh bumi maahad.. Sambil2 aku duk tunggu tubik result,baik aku ngaji sekoloh dulu buat sementaro.. Sebenarnyo aku sdiri xpasti samaado aku ni nok amik STAM(sijil tinggi agama malaysia)ko dok.. Ado oghe kato,amik stam ni utung sebab kalu g Uiversiti dengan result SPM,keno amik diploma dulu sebelum amik degree.. tapi kalu amik pekso STAM,tubik result STAM,buleh terus amik degree tahun 1 slalu.. xpayoh tunggu lamo-lamo.. wak rugi tahun jah.. hok jadi masoalohnyo loni,aku ni malas nok ngapa,pehe-pehe la,kalu stam gak keno banyok ngapa mugo kot arab blako.. aku ni nok kato xpandai bahaso arab pn,aku pandai la jugok.. tapi kalu silap teknik jawabnyo arab-arab terak la.. Otak aku ni pon masih lagi kopius,kalu saing-saing hok lain tanyo aku nok amik stam ko dok,aku jawab,tengok atah result la gano puloknyo.. Kalu result spm come,maknonyo aku gi ngan spm lah,kalu x gak,pehe-pehe la.. amik stam la aku.. Oghe kato stam ni mudoh jah,aku ingat nk jgok amik stam tp xtahu lah.. ma nga abah aku pun suruh amik stam jugok.. ape2 pon aku kene semaye istikhoroh dulu la..

So,kalu puok-puok mu ado cadange atau pandange nok kosi ngan aku,just taip je kat komen tu..
Padangan puok-puok mu amatlah aku duk nati-nati..
Orait,aku mitok diri dulu lah,sekironyo bahaso hok aku guno ni belik sikit.. harap maaf.. Sekian,trimo kasih.. Wassalam..